Thursday, December 9, 2021

Krisis politik: Berdepan dengan keberanian

Secara Rawak

​​KUALA LUMPUR: Notis yang dikeluarkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat semalam memaklumkan, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok  ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak atas alasan penularan jangkitan Covid-19.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ramai ahli Parlimen yang sudah menjangka dan banyak pihak pula berpendapat bahawa ia bukanlah sebab Covid-19.

“Krisis politik yang berlaku, mesti diselesaikan segera. Krisis Perlembagaan yang terjadi mesti ditangani.

Berdepanlah dengan berani untuk selesaikan,” katanya dalam ciapan menerusi Kata Ahli Parlimen Pontian itu, dalam sesi Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu, beliau berkesempatan memberikan cadangan untuk Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan hanya sempat memberikan 32 cadangan yang dibacakan dalam tempoh lima minit.

“Selasa 27 Julai beri 25 cadangan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba, Rabu 28 Julai dapt mencelah dua Ahli Parlimen berhubung isu vaksinasi yang dibentang Khairy Jamaluddin,” katanya.

“Pada Khamis 29 Julai, sedia untuk berucap tapi Parlimen ditangguh,” ujarnya.

Semalam, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Ini selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu selari dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM), yang mana KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru