Saturday, October 23, 2021

Empat lagi kawasan di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak empat lagi kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia melibatkan dua kawasan di daerah Saratok dan masing-masing satu di Tatau dan Subis.

“Di Tatau, Kuarters Pekerja Stonehead Quarry Sdn Bhd dikenakan PKPD untuk tempoh 29 Julai hingga 11 Ogos ini.

“Manakala di Subis, PKPD melibatkan Mega Jutamas Sdn. Bhd Lot 6, Blok 32, Sungai Kabulu, Ulu Suai, Suai, Niah, Sakai Land District untuk tempoh 31 Julai hingga 14 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambah JPBN, turut menjalani PKPD adalah di Saratok melibatkan rumah panjang iaitu Rumah Ruta, Peligong, Sebetan dan Rh. Bundat, Sg. Anak, Sebetan Ulu yang bermula 1 hingga 15 Ogos ini.

Dalam pada itu, JPBN menyatakan empat lokaliti ditamatkan PKPD hari ini.

Antaranya PKPD di Rumah Anggat, Sungai Garu, Sebangkoi; Rumah Jawie Sg. Seleku; Kampung Gerung, Daerah Kecil Padawan dan Kampung Pasir Hilir, Lundu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru