Sunday, December 5, 2021

Dua kluster baharu muncul di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak dua kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini melibatkan kluster komuniti.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kluster Jambatan Lemua dikesan melibatkan dua buah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Seputi, Bakong, Beluru.

“Manakala Kluster Kampung Git pula dikesan melibatkan beberapa buah rumah keluarga di sebuah kampung di Kilometer 27, Off Jalan Puncak Borneo,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, sebanyak dua kluster dicatatkan tamat iaitu Kluster Jalan Masket di Sebauh dan Kluster Ulu Teru di Beluru kerana tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas.

Manakala sebanyak 84 kluster masih aktif di Sarawak dengan 13 daripadanya merekodkan penambahan sebanyak 55 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru