Thursday, December 9, 2021

ADUN Tanjong Datu santuni mangsa musibah rumah dihempap pokok

Secara Rawak

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu telah melawat kediaman milik Noleh Litoi di Kampung Seketi Cina yang separa musnah akibat ditimpa pokok pada malam Jumaat.

Kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh angin kencang di daerah Lundu sehingga mengakibatkan sebatang pokok tumbang lalu menghempap rumah milik Noleh itu.

Semasa kejadian, dipercayai menantu Puan Noleh sedang menidurkan anaknya di buaian sebelum dikejutkan dengan bumbung rumah dihempap oleh pokok susulan angin kencang.

Nasib mereka amat baik memandangkan struktur rumah tersebut adalah berbata dan bukanlah kayu.

Semasa lawatan tersebut, Datuk Amar Jamilah berkata beliau akan mencuba sedaya upaya untuk membantu Noleh dan keluarga dengan memasukkan mereka ke dalam projek Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) agar baikpulih rumah dapat dipercepatkan.

Dalam pada itu, Datuk Amar Jamilah turut menyampaikan bantuan makanan kepada Noleh bagi meringankan kesusahan yang menimpa mereka. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru