Monday, October 25, 2021

17,150 termasuk 578 kes di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 17,150 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,130,422 kes setakat ini.

Ini termasuk 578 kes di Sarawak.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 77, 306 setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,326 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Penang (752), Perak (693), Melaka (686) dan Pahang (676).)

Manakala, Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (5).

Secara Rawak

Artikel Terbaru