Sunday, July 3, 2022

Proklamasi Darurat di Sarawak wajar

Secara Rawak

KUCHING: Proklamasi Darurat di Sarawak disifatkan wajar dilaksanakan dengan mengambil kira keselamatan dan nyawa rakyat di negeri itu.

Setiausaha Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia termasuk belum bersedia untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ekoran penularan COVID-19 yang masih tinggi.

“Proklamasi Darurat ini adalah wajar dilaksanakan, mengambil kira keselamatan dan nyawa rakyat di negeri ini yang belum bersedia untuk berhadapan dengan PRN disebabkan penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sambil menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melaksanakan Proklamasi Darurat di Sarawak, GPS berharap keadaan COVID-19 di negeri itu beransur pulih bagi memboleh PRN12 diadakan sekali gus mandat diberikan kepada rakyat.

Katanya, dalam keadaan itu, Yang di-Pertuan Agong mungkin berkenan untuk menamatkan Proklamasi Darurat lebih awal yang akan membolehkan PRN diadakan bagi membolehkan rakyat di negeri ini melaksanakan hak mereka untuk memilih dan memberi mandat kepada GPS untuk mentadbir kerajaan negeri.

“GPS menaruh sepenuh keyakinan di atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam perkara ini,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru