Saturday, October 23, 2021

Isu banjir di Debak bakal ditangani dengan bina terusan 

Mesti baca

DEBAK: Kerajaan Negeri melalui permohonan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membina terusan di Kampung Debak.

Projek pembinaan terusan itu telah diluluskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi menangani bencana banjir yang sering berlaku di Kampung Melayu Debak.

Sehubungan itu, Mohamad Razi telah mengadakan satu perjumpaan bersama guru besar SK Datuk Bandar Debak pada Khamis memandangkan projek sistem saliran yang bakal dibina di Kampung Melayu Debak turut melibatkan kawasan sekolah berkenaan.

Salah satu kawasan parit baharu yang dibina ini ialah untuk mengurangkan kekerapan banjir di kampung tersebut. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru