Monday, October 25, 2021

Apa justifikasi Umno desak PM letak jawatan, tapi terus sokong Kerajaan PN

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Mengapakah Umno mendesak Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, namun kekal menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN.

Ini justifikasinya menurut  Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Umno sebaliknya sejak lama konsisten dalam hal ini dan Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengulanginya semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Bagi memudahkan pemahaman berkaitan persoalan tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memberikan analogi berkaitan sebuah kapal belayar mengikut hala tuju ditetapkan oleh nakhoda.

“Tugas para kelasi melayarkan kapal mengikut haluan itu. Jika nakhoda tersilap hala tuju maka kapal gagal ke destinasi. Tetapi malangnya nakhoda terlalu ego mengakui kesilapan yang telah dilakukan,” katanya.

“Maka untuk memperbetulkan kapal kembali ke laluan sebenar dengan menggantikan kepada nakhoda yang berkemampuan,” jelasnya.

“Begitu juga dengan perihal kerajaan. Sebuah kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri. Individu yang berkuasa menentukan pentadbirannya,” katanya.

Sebab itu katanya, Umno konsisten mahu Perdana Menteri diganti dengan nakhoda perlu ditukar supaya kerajaan yang telah gagal kembali ke landasan rakyat dan negara.

“Pada 7 Julai lalu Umno memutuskan menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Umno minta Perdana Menteri digantikan demi kepentingan rakyat dan negara serta kedaulatan institusi Raja-raja,” katanya.

“Selepas penularan pandemik berjaya diatasi, Perdana Menteri baharu akan segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan PRU-15,” kata Ahmad Zahid.

Menurut beliau, cerita tentang mengapa Umno menyokong pembentukan kerajaan PN pada tahun lalu ramai sedia maklum.

“Jika mahu diterangkan semula bertambah panjang perlu dikarang. Apapun Presiden Umno beri jaminan Umno tetap mengutamakan rakyat,” ujarnya.

“Menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang serta mempertahan kedaulatan raja-raja pemerintah,” tegasnya.

Sebelum itu beliau memetik pandangan ahli akademik tentang kuasa seorang Perdana Menteri selaku nakhoda kerajaan.

Perdana Menteri mempunyai hak memilih dan menukar para menteri.

Perdana Menteri malah mempunyai hak untuk menubuh, membubarkan kementerian di bawahnya.

Mempunyai kuasa penuh menentukan perjumpaan jemaah menteri atau Kabinet.

Perdana Menteri tidak tertakluk nasihat Kabinetnya. Memiliki kuasa penuh menentukan tadbir urus.

Mempunyai kuasa menubuhkan apa-apa jawatankuasa khusus pada peringkat Kabinet.

Melantik atau menubuhkan badan penasihat di luar Kabinet bagi menasihati beliau.

Perdana Menteri tidak mencampuri urusan dalaman kementerian bukan di bawah kawalannya.

Namun kebebasan menterinya mengurus dan mentadbir kementerian masih perlu berlandaskan dasar umum yang ditetapkan Perdana Menteri.

Begitulah betapa penting seorang Perdana Menteri yang berkemampuan mengemudi jentera pentadbiran kerajaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru