Friday, August 19, 2022

Amanah Sarawak setuju PRN-12 ditangguhkan

Secara Rawak

Amanah Negeri Sarawak amat menyambut baik pengisytiharan darurat seluruh Sarawak seperti yang diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Tempoh Darurat bermula 2 Ogos 2021 sehingga 2 Februari 2022.

Seri Paduka Baginda YDPA bertitah dalam proklamasi darurat bahawa baginda berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Coronavirus-2019 (COVID-19)

Amanah Sarawak sangat bersetuju bahawa PRN-12 Sarawak ditangguhkan kerana nyawa, keselamatan dan ekonomi rakyat adalah lebih utama dari segalanya.

Justeru Amanah Sarawak menekankan kepada kerajaan negeri agar terus memastikan dalam tempoh darurat ini, program Vaksinisasi dan kebajikan rakyat terus terpelihara dan berjalan lancar.

Janganlah ini menjadi alasan untuk kerajaan negeri menjalankan amanah secara sambil lewa kerana pilihan raya masih belum tiba.

Parti Amanah Sarawak juga amat menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA dan sentiasa mempertahankan Prinsip rukun Negara, kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Daulat Tuanku

KENYATAAN MEDIA
PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SARAWAK

Hud Andri Zulkarnaen
Timbalan Pengerusi Amanah Negara
Negeri Sarawak
31 July 2021

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru