Sunday, July 3, 2022

ADUN Jemoreng  serah  RM60,000 peruntukan MRP kepada 10 penerima 

Secara Rawak

MATU: Sebanyak RM60,000 peruntukan Projek Kecil Luar bandar (MRP) ADUN Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya telah diagihkan kepada 10 penerima di Matu.

Penyampaian cek telah disempurnakan sendiri oleh Dato’ Dr Juanda pada Jumaat.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM23,000 telah diagihkan kepada empat penerima iaitu RELA Matu, APM, Bomba Matu Daro dan Tabung Kelab Polis Matu.

Manakala baki RM37,000 diagihkan kepada enam lagi penerima iaitu AJK PERKIM Daerah Matu, Kelab Rekreasi MDMD, JK Ujian Tilawah Al-Quran Daerah Matu, Rando Matu, Maksak Matu dan Kelab Sokanjaya JKR Mukah.

Beliau kemudiannya mengadakan perbincangan bersama Pejabat Daerah Matu, Jabatan Kerja Raya Daerah Matu Daro, Majlis Daerah Matu Dan Daro, SESCO Matu Daro bagi menyelaras kawasan yang dicadangkan untuk disediakan lampu jalan seperti di bulatan trafik, jalan utama dan jalan masuk ke kampung-kampung, kawasan tumpuan seperti di kawasan pentadbiran dan kawasan Pekan Matu.

Pada sebelah petang, Dato’ Dr Juanda menyaksikan proses cabut undi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Daerah Matu.

Ia disusuli dengan melawat dan menyaksikan penyerahan tapak projek RTP dari agensi pelaksana kepada kontraktor.

Projek dan lokasi yang dilawati ialah bina baru pusat sumber Kampung Sok Matu, naiktaraf Dewan Kampung Jemoreng Matu dan naiktaraf Dewan Kampung Kuala Matu Hilir.

Para kontraktor dalam pada itu dinasihatkan agar melaksanakan projek mengikut spesifikasi dan jadual kerja yang telah ditetapkan.

Pemantauan dari agensi pelaksana akan dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan segala kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.

Manakala penduduk kampung juga diharap memberi kerjasama agar projek ini dapat disiapkan seperti yang dijadualkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru