Sunday, September 19, 2021

279 nelayan di Kabong terima bantuan peralatan 

Mesti baca

KABONG: Seramai 279 orang peserta yang terdiri daripada nelayan laut dan nelayan darat bakal menerima bantuan input nelayan seperti ‘coolbox’, pukat, bubu, jaket keselamatan yang akan diagihkan secara berperingkat kepada para peserta.

Simbolik penyerahan bantuan itu telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir di Pejabat Pertanian Daerah Kabong pada Jumaat.

Sebelum Ini, geran berjumlah RM558,000 bagi tujuan Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan (BIPPN) untuk kawasan DUN Kabong telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak bagi membantu para nelayan di kawasan tersebut.

Turut hadir Pegawai Daerah Kabong Mohd Rashdan Hazemi, Pegawai Pertanian Pembangunan Bahagian Betong Nor Armiza Nawai, Penolong Pegawai Perikanan Bahagian Betong Lieliana Lennie, Pengurus PNK Kabong Sahariya Tahot, wakil Pengurus PNK Gerigat Jerina Surathaman, Penghulu Sani Mohamad dan beberapa wakil penerima bantuan. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru