Monday, October 25, 2021

Sembilan kluster baharu di Sarawak, 84 kluster masih aktif

Mesti baca

KUCHING: Sarawak  merekodkan sembilan kluster baharu, tujuh daripada jumlah itu melibatkan kluster komuniti, dan selebihnya kluster tempat kerja.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daripada jumlah itu Serian merekodkan empat kluster baharu iaitu Kluster Kampung Paon Rimu, Kluster Melikin, Kluster Kerina dan Kluster Kampung Sungai Duuh.

Jelasnya, Tatau mecatatkan dua kluster baharu iaitu Kluster Sungai Sangan dan Kluster Kinda Kilometer 18, Daerah Bau satu kluster baharu iaitu Kluster Bunga Rampai.

Katanya lagi, dua lagi kluster baharu ialah Kluster Peligong Saratok dan Kluster Tanjung Tuang, Kota Samarahan.

Terdapat  84 kluster masih aktif di Sarawak; 74 kluster tidak merekodkan penambahan kes baharu dan 10 lagi kluster merekodkan pertambahan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru