Tuesday, September 21, 2021

Sarawak sudah  rekod 76,243 kes

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan 450 kes baharu Covid-19 hari ini dengan tiada kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif  kes jangkitan di sebanyak 76, 243 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Kuching merekodkan kes harian tertinggi, 191 kes, diikuti Samarahan 50 kes, Serian 36, Bintulu 27, Simunjan 26 dan Saratok 25 kes.

“Kes positif lain direkodkan di Sibu 20 kes, Asajaya (17), Tatau (13), Miri (9), Lundu (9), Kabong (6), Bau (5), Kapit (3), Tebedu (3), Julau (2) manakala satu kes direkodkan masing-masingnya  di Sarikei, Meradong, Betong, Lawas, Daro, Belaga, Subis dan Pakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata JPBNS lagi, daripada 450 kes baharu, 297 kes dikesan melibatkan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif Covid-19;  45 kes bergejala dan 252 tidak bergejala.

Sebanyak  67 kes dikesan daripada individu dalam kluster aktif sedia ada — 10 kes bergejala dan 57 tidak bergejala.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru