Wednesday, September 22, 2021

Pusat komuniti, tadika di Kampung Seniawan akan dibina baharu

Mesti baca

SERIAN: Pusat Komuniti dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) akan dibina di Kampung Seniawan bagi menggantikan bangunan Tadika lama yang uzur.

Ketua Kaum Kampung Seniawan, Anuar Unid melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang yang telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan pusat tersebut, bagi membolehkan penduduk mengadakan aktiviti kemasyarakatan, termasuk tempat pembelajaran yang lebih selesa bagi kanak-kanak. 

Sehubungan dengan itu, kira-kira RM200,000 telah diperuntukkan di bawah senarai projek khas Parlimen Kota Samarahan, dan dijangka akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru