Tuesday, September 21, 2021

Polis: Keselamatan, ketenteraman awam negara terkawal

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara pada tahap terkawal.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani  berkata, orang ramai diminta untuk tidak gusar kerana pihak polis akan sentiasa memastikan tahap keselamatan kekal berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

“Ia dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid19,” ujarnya.

Istana Negara semalam memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat gesaan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru