Tuesday, September 21, 2021

Pas nafi kenyataan, parti itu sedia pimpin kerajaan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Pejabat Presiden Pas menafikan kenyataan yang tular kononnya kenyataan Presiden PAS bertajuk ‘Pas Bersedia Memimpin Kerajaan’.

Pejabat Presiden Pas dalam satu kenyataan ringkas,memaklumkan kenyataan yang sedang tular itu adalah palsu dan tidak berasas.

“Adalah dimaklumkan kenyataan yang sedang tular ini adalah palsu dan tidak berasas.

“Kenyataan rasmi Pas telah dikeluarkan oleh  Datuk  Sri Timbalan Presiden Pas,” ujar kenyataan itu.

Sementara itu, ketua Whip kerajaan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob  dalam satu kenyataan berkata beliau menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di­-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh lstana Negara, semalam.

“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini,” katanya lagi.

“Kenyataan rasmi PAS telah dikeluarkan oleh YB Dato’ Sri Timbalan Presiden PAS,” ujar kenyataan itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru