Sunday, December 5, 2021

MP Umno diingatkan jarakkan diri terheret ke dalam krisis kerajaan dengan istana

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen Umno mesti menjarakkan diri daripada terheret ke dalam “krisis antara kerajaan dengan istana”, kata Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Mohamad, Ahli-ahli Parlimen Umno tidak boleh berada dalam kedudukan dan pendirian yang boleh ditafsirkan sebagai menyanggah teguran istana.

“Mereka tidak boleh berada dalam kedudukan dan pendirian yang boleh ditafsirkan sebagai menyanggah teguran istana kerana ia adalah institusi yang Umno telah berikrar akan taat dan pertahankan.

“Justeru, saya menyeru kebijaksaan dan hikmah semua ahli parlimen Umno untuk melakukan perkara yang benar dan selari dengan pendirian parti,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Mohamad berkata, tiada alasan dapat digunakan untuk mempertahankan kerajaan yang disifatkan sebagai “dilihat nyata ingkar, culas dan gagal melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong.“

Jangan hingga jadi seperti kata pepatah, diberi berkuku, hendak mencengkam,” katanya lagi.

“Kesetiaan kepada kerajaan PN (Perikatan Nasional), tidak boleh mengatasi kesetiaan kepada raja, negara dan parti,” katanya.

“Pilihan wakil rakyat UMNO adalah jelas kecuali mereka memilih sebaliknya, pada saat negara dan rakyat telah hilang segala keyakinan kepada kerajaan PN,” kata beliau.

Mohamad juga berpesan kepada semua Ahli Parlimen Umno agar bermuhasabah dan sentiasa “sedar dan arif tentang asal-usul kita”.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru