Thursday, December 9, 2021

Didenda RM12,000 ternak buaya

Secara Rawak

SIBU: Enam warga Indonesia di denda sebanyak RM12,000 kerana memiliki buaya dan burung murai batu.

Sanunin, Suheri, Pinggir Suyanto, Cano, Budi Setiawan dan Sahrianto mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Marutin Pagan dan mereka membayar denda.

Pada 21 Julai sekitar jam 12.15 tengah hari, pasukan penguat kuasa dari Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Wilayah Sibu dan Polis Marin Wilayah 5 Sibu menjalankan operasi bersama-sama di Jalan Rantau Panjang Trusan.

Mereka menemui dan merampas buaya yang di simpan secara haram oleh lima yang tertuduh dan gagal menunjukkan permit sah daripada pengawal hidupan liar di bawah Seksyen 29 (2) Perlindungan Hidupan Liar Ordinan 1998.

Lima tertuduh mengaku bersalah dan masing-masing didenda RM1,000 serta dipenjara tiga bulan.

Dalam kes lain, Budi Setiawan didapati memiliki dua ekor burung murai kampung dan ekor burung merbok manakala Sahrianto di dakwa bawah Seksyen 29 (2) Perlindungan Hidupan Liar Ordinan 1998 kerana menyimpan burung murai batu jenis burung murai kampung dan burung merbok.

Mereka masing-masing didenda RM1,000 dan RM6,000 kerana gagal menunjukkan permit yang sah daripada pengawal hidupan liar. J

usteru, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton berkata, SFC akan terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap pemilikan hidupan liar dan produknya secara haram di Sarawak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penangkapan, pemburuan, perdagangan dan penjagaan hidupan liar yang dilindungi boleh menghubungi kami di talian 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 0198332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri), “ tambahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru