Tuesday, September 21, 2021

Wartawan dilanggar motosikal ketika siaran langsung bahaya lalu lintas

Mesti baca

MESIR: Seorang wartawan televisyen Mesir dilanggar motosikal ketika membuat siaran langsung bahaya berkaitan situasi lalu lintas di jalan raya.

Dalam video tersebut, wartawan itu kelihatan berdiri di pinggir jalan sambil memegang mikrofon dan jalan raya ketika itu sibuk dengan kenderaan.

Seketika kemudian tiba-tiba muncul penunggang motosikal di tepinya dan melanggarnya menyebabkan badannya terpusing, manakala mikrofonnya terjatuh.

Beberapa saat kemudian lelaki yang melanggarnya itu gagal mengawal motosikalnya dan melanggar kereta lain menyebabkan dia terjatuh dan motosikalnya pula dilanggar kereta lain.

Semua kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan ditonton secara langsung di kaca televisyen.

Wartawan dan pemandu itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru