Tuesday, September 21, 2021

Sarawak rekod lima kluster baharu hari ini

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan lima kluster baharu hari ini dengan empat daripadanya membabitkan jangkitan dalam komuniti dan satu lagi melibatkan jangkitan di tempat kerja.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kesemua empat kluster komuniti dikesan di Kuching — Kluster Kampung Paya Mebi, Kluster Kampung Quop, Kluster Kampung Senari dan Kluster Telaga Air.

Kluster melibatkan tempat kerja, Kluster Sungai Mangga  pula berlaku di Simunjan.

“Kluster Kampung Paya Mebi dikesan melibatkan penduduk di sebuah kampung di Jalan Landeh   apabila 29 orang  disaring dengan 21 didapati positif,  termasuk kes indeks dan 8 individu negatif,”  kata JPBNS dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Kluster Kampung Quop dikesan melibatkan penduduk di beberapa rumah persendirian di Jalan Kampung Quop, Batu 10, Kota Padawan di sini.

“Sebanyak 19 individu disaring di bawah Kluster Kampung Quop ini,  12 individu didapati positif termasuk kes indeks dan 7 individu negatif,” katanya.

Manakala Kluster Kampung Senari  dikesan melibatkan penduduk di sebuah kampung di Jalan Kampung Senari, Jalan Bako di sini membabitkan 64 individu disaring dengan 25 orang didapati positif dan 39 kes negatif.

Kluster Telaga Air pula dikesan membabitkan penduduk di beberapa buah rumah persendirian di Jalan Kampung Telaga Air  dengan  35 individu disaring.

Sebanyak 34 individu didapati positif termasuk kes indeks dan satu individu negatif.

“Kluster Sungai Mangga pula melibatkan pekerja dan penghuni rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di kawasan Sungai Mangga di Simunjan,” kata kenyataan itu.

“Seramai 160 individu telah disaring —  55 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 105 individu negatif,” katanya.

Sementara itu, Sarawak merekodkan 582 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 75,793 kes setakat ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru