Thursday, August 18, 2022

Projek bina parit konkrit Kampung Semera Masjid siap 

Secara Rawak

ASAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo turun padang menyempurnakan penyerahan projek siap membina parit konkrit sepanjang lebih kurang 500 meter di Kampung Semera Masjid, pada Rabu.

Projek siap bernilai RM200,000 oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Samarahan tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Semera Masjid, dalam satu majlis serba ringkas anjuran Pusat Khidmat ADUN Sadong Jaya.

Menurut Aidel, dengan adanya sistem perparitan yang sistematik, akan mengelakkan air bertakung yang boleh mendatangkan persekitaran yang tidak baik.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru