Tuesday, September 21, 2021

Polis kejar wanita elak ditipu kali keenam ditipu scammer

Mesti baca

SUZHOU: Polis peronda memandu sejauh 100 kilometer dalam usaha mengejar wanita bagi mengelaknya dari menjadi mangsa tipu untuk kali keenam.

Mereka cuba menghalangnya memindahkan wang kepada seseorang yang didakwa melakukan penipuan dalam talian.

Pihak polis dikatakan menerima panggilan telefon dari seorang individu yang memberitahu kakaknya Yu dipengaruhi oleh “penipu dalam talian” yang sudah berkali-kali berjaya memujuk Yu memberi wang kepadanya.

Polis kemudian memujuk Yu supaya berhenti menyerahkan wangnya, namun nasihat itu tidak diendahkan mangsa, sebaliknya dia masih cuba meminjam wang daripada sanak-saudaranya untuk diberikan kepada suspek.

Malah dia meminjam kereta rakannya bagi mengelak keluarganya menghalangnya pergi ke kota sebelah untuk melakukan pemindahan wang tersebut, lapor Global Times.

Berikutan itu pihak polis menjejakinya dan memandu sejauh 100 kilometer sebelum berjaya memintas keretanya dan menghentikan pengiriman wang untuk kali keenam.

Jumlah wang yang bakal di hantarnya ialah sekitar 20,000 yuan ( RM13,057),” kata polis kepada Jiangsu TV.

Sebelum itu Yu telah menghantar 48,000 yuan (RM31,336) kepada suspek.

Bagi menghalangnya melakukan lebih banyak transaksi, akaun banknya dikunci pihak bank.

Secara Rawak

Artikel Terbaru