Wednesday, September 22, 2021

Lelaki bawa kerusi di dagu lebih sejam untuk Rekod Guinness

Mesti baca

IDAHO: David Rush yang memegang lebih 200 rekod untuk Buku Rekod Guinness berjaya meraih satu lagi rekod dunia apabila berjaya mengimbangi kerusi di dagunya selama lebih sejam baru-baru ini.

Rush yang menggunakan ratusan percubaan memecah Rekod Guinness ini untuk mempromosikan pendidikan STEM, mengatakan peraturan organisasi tersebut menetapkan dia harus menggunakan kerusi bersaiz dewasa untuk melakukannya.

Menurutnya lagi dia mengharapkan dapat mencapai masa lebih lama dari yang telah dihasilkannya, namun kesakitan dirasainya di bahagian tengkuk dan juga kakinya yang sudah keletihan menyebabkannya gagal berbuat demikian.

Rush berjaya memecah rekod dunia dengan masa 1 jam, 8 minit dan 39 saat lapor UPI.

Secara Rawak

Artikel Terbaru