Tuesday, September 21, 2021

Kuching, Simunjan, Serian, Bau catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan 582 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 75,793 kes setakat ini tanpa mencatatkan sebarang kes kematian.

Jumlah keseluruhan kes kematian di Sarawak kekal 459.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),   Kuching  terus di tangga teratas  dengan merekodkan 311 kes, diikuti Simunjan 73 kes, Serian 51 kes, dan Bau 50 kes.

Kes-kes lain, katanya,  dikesan di Sibu (26), Bintulu (13), Samarahan (12), Miri (11), Meradong (11), Tatau (8) dan Telang Usan (3).

Selain itu, jelasnya, dua kes  dikesan di Asajaya, Selangau dan Subis  masing-masingnya dan satu kes di Sri Aman, Mukah, Betong, Tebedu, Beluru, Kanowit dan Sarikei  masing-masingnya.

“Daripada 582 kes baharu, 420 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif Covid-19 manakala 65 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada,” kata JPBNS dalam satu kenyataan.

Katanya, terdapat 36 kes melibatkan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 48 kes  saringan lain di fasiliti kesihatan dan 13 kes Import B individu balik dari Selangor (10), Kuala Lumpur (1), Melaka (1) dan Negeri Sembilan (1).

JPBNS turut memaklumkan terdapat 1,33 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih dan dibenarkan discaj kini seramai 69,961 orang atau 92.31 peratus daripada keseluruhan kes positif yang dilaporkan di Sarawak.

Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19  ialah  5,201 orang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru