Tuesday, September 21, 2021

Ingatkan buaya asli!

Mesti baca

VANCOUVER: Polis di British Columbia baru-baru ini menerima laporan terdapat seekor buaya tersesat di kondominium.

Konstable Jason Douchette, dari Jabatan Polis Vancouver, dalam ciapnya menerusi Twitter memberitahu pasukan polis diarah ke kondominium itu pada 7.00 pagi.

Wanita yang menghubungi mereka memberitahu dia bersembunyi di bawah tangga selepas melihat kelibat seekor buaya di dalam bangunan tersebut.

Menurut Douchette buaya yang dilaporkan itu rupa-rupanya hanyalah patung buaya berwarna keemasan.

Warna tersebut pula boleh menyebabkan ia nampak seperti buaya biasa apabila dilihat dari jarak jauh, kata Douchette seperti dilaporkan UPI.

Secara Rawak

Artikel Terbaru