Wednesday, September 22, 2021

Aidel Lariwoo santuni penerima, petugas di PPV  Sadong Jaya

Mesti baca

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo telah meninjau kelancaran proses di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masjid Datuk Patinggi Hj Abdul Rahman Ya’kub, pada Rabu.

Pada hari tersebut, seramai 904 individu telah hadir menerima suntikan dos kedua sepanjang pelaksanaan program seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Aidel Lariwoo melihat sendiri kecekapan petugas kesihatan memberikan suntikan kepada penerima vaksin dan beliau berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan.

Disamping itu, beliau turut menyantuni penerima yang hadir dan sekaligus mengambil maklum mengenai kekurangan mahupun permasalahan sekiranya ada di PPV berkenaan untuk diselesaikan dan diambil tindakan segera.

Secara Rawak

Artikel Terbaru