Sunday, September 19, 2021

ADUN Mambong turun padang agih bantuan

Mesti baca

PADAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil turun padang mengagihkan bantuan kepada tiga buah kampung di kawasannya yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD).

Kampung yang terlibat ialah Kampung Seratau, Kampung Garung dan Nyiru Grait.

Bantuan berupa bekalan makanan basah seperti 1.1 tan daging ayam segar dan 560 kilogram ikan beserta barangan keperluan asas tersebut diserahkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan wakil  ketiga-tiga Bilik Gerakan PKPD berkenaan.

Ia merupakan sebahagian sumbangan Datuk Dr Jerip dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mambong bagi membantu penduduk setempat semasa menghadapi keadaan yang sukar.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru