Tuesday, September 21, 2021

90 penduduk Long Lama terima vaksin dos kedua

Mesti baca

LONG LAMA: Proses Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) masih diteruskan di Long Lama apabila 90 penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Mereka menerima dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Long Lama pada Rabu.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua di PPV Dewan SJK (C) Long Lama kini berkurangan disebabkan lebih banyak PPV Awam telah dibuka di luar bandar selain pelaksanaan Program Outreach Vaksinasi dan Program Mopping.

Sepanjang proses vaksinasi, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan mengekalkan jarak satu meter selain memastikan setiap individu yang hadir wajib menggunakan pelitup muka dan menggunakan pembersih tangan yang disediakan.
Sementara itu, bagi penduduk yang masih belum mendapatkan temujanji vaksinasi atau ingin mendapatkan maklumat mengenai vaksinasi, boleh berhubung dengan PPV Dewan SJK (C) Long Lama di talian 085-771326, 085-771325 dan 085-771018.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru