Wednesday, September 22, 2021

55 penduduk di DUN Kedup terima bantuan makanan

Mesti baca

SERIAN: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah menyumbang bantuan bekalan makanan beserta barangan kesihatan kepada 55 orang penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup melalui Program Ziarah UKAS.

Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben bersempena dengan lawatan kerja beliau ke Kampung Mayang Kawan pada Rabu, bertempat di Bilik Gerakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mayang Kawan.

Penerima yang tersenarai terdiri daripada penduduk Kampung Mayang Kawan, Kampung Kranji Atas, Kampung Kranji Baroh, Kampung Mantung Mubuk, Kampung Resak, Kampung Prangkan Mawang dan Kampung Antayan. 

Beliau merakamkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyerahkan bantuan makanan kepada golongan sasar yang memerlukan di kawasan itu disamping menghargai penglibatan UKAS dan semua pihak yang membantu usaha kerajaan meringankan beban masyarakat. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru