Tuesday, September 21, 2021

17,170 kes, termasuk 582 di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan melaporkan 17,170 kes baharu Covid-19,termasuk 582 kes di Sarawak.

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,078,646 kes setakat ini.

Bagi Sarawak pula, dengan angka baharu itu, jumlah keseluruhan kini ialah 75,793 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,163 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur dengan 2,138 kes, Kedah (1,212), Johor (1,054), Negeri Sembilan (884), Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), dan Perak (596).

Manakala Pulau Pinang (554), Terengganu (437), Melaka (416), Putrajaya (84), Labuan (11) dan Perlis (10).

Secara Rawak

Artikel Terbaru