Thursday, December 9, 2021

Sarawak sudah beri 2.87 juta dos vaksin

Secara Rawak

KUCHING:  Jumlah kumulatif rakyat Malaysia yang sudah  menerima vaksin setakat semalam telah meningkat kepada 18,393,347 setakat ini.

Ini termasuk  sebanyak 1,678,014 dos pertama dan 1,197,746 bagi dos kedua di Sarawak menjadikan jumlahnya 2,875,768 kesemuanya.

Daripada jumlah itu,  menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi Twitter hari ini, sebanyak 12,487,441 merupakan penerima dos pertama, atau 38.2 peratus daripada populasi negara.

Manakala penerima yang lengkap dos kedua pula adalah sebanyak 5,905,906 bersamaan 18.1 peratus.

Semalam, kadar tertinggi pemberian vaksin  di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  direkodkan   apabila sejumlah 553,871 dos diberikan.

Daripada jumlah itu 356,112 ialah dos pertama, manakala 196,759 pula dos kedua.

Katanya, 53.3 peratus golongan dewasa di negara ini telah menerima sekurang kurangnya dos pertama, manakala 25.2 peratus lengkap menerima dua dos.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata di Dewan Rakyat hari ini, kadar pemberian vaksin di negara meningkat dengan mendadak pada Julai, jauh lebih baik daripada kadar vaksinasi yang direkodkan pada hujung Februari sehingga Jun lepas.

Jelas beliau, pada Februari hingga Jun, sebanyak lapan juta dos diberikan dalam tempoh tersebut.

Katanya lagi, pada Julai sahaja, pemberian vaksin sudah melebihi 10 juta dos.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berkaitan usaha vaksinasi rakyat Malaysia pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 di sini pada Rabu.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru