Saturday, October 23, 2021

Sarawak dilanda jerebu paras sederhana

Mesti baca

KUCHING: Sarawak kini mula dilanda jerebu namun masih pada paras sederhana.

Indeks pencemaran udara (IPU) mencatatkan bacaan bawah 100 setakat jam 4 petang semalam.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Bintulu (72), diikuti Miri (61).

Manakala Samalaju, Kapit, Samarahan dan Kuching masing-masing mencatatkan bacaan IPU 56.

Bacaan IPU di Sarikei, Mukah dan ILP Miri pula masing-masing 55.

Sementara Sri Aman dan Sibu masing-masing (53) dan Limbang mencatatkan IPU paras baik iaitu 36.

Secara Rawak

Artikel Terbaru