Sunday, September 19, 2021

Pembatalan Ordinan Darurat; Dalam kalangan menteri pun semacam keliru

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan berkemungkinan wujud kekeliruan dalam pengumuman pembatalan Ordinan Darurat.

Katanya, ini kerana terdapat perbezaan kenyataan daripada menteri berkenaan darurat yang dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada sesi Dewan Rakyat semalam.

“Mungkin ada sebab kenapa Presiden, Timbalan Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi parti termasuk saya sendiri selaku Ketua Pemuda UMNO tidak pernah dimaklumkan mengenai pembatalan Ordinan Darurat sebelum diumumkan di Parlimen semalam,” katanya melalui kenyataan di Facebooknya.

“Dalam kalangan menteri pun masing-masing juga semacam keliru dan tidak pasti. Menteri Undang-Undang kata semalam isytihar Ordinan Darurat sudah dibatalkan (revoked) sejak 21 Julai 2021 lalu.

“Persoalan yang rakyat ingin tahu apakah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sudah perkenan atau tidak kerana kuasa membatalkan Ordinan Darurat di luar sidang Parlimen dalam tempoh pemerintahan darurat adalah kuasa mutlak YDPA,” katanya lagi.

Asyraf semalam berpandangan pemakluman bahawa semua Ordinan-Ordinan Darurat yang dibatalkan pada 21 Julai lalu mengundang pelbagai persoalan, kekeliruan dan kecurigaan

Secara Rawak

Artikel Terbaru