Tuesday, September 21, 2021

Lebih 2,000 meninggal di Indonesia

Mesti baca

JAKARTA: Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat Covid-19, selepas menyaksikan 2,069 kematian pada Selasa.

Negara 270 juta jiwa itu kini berada di tangga ke-14 dunia dengan 3,239,936 kes keseluruhannya termasuk 45,203 kes baharu semalam.

Indonesia  negara paling teruk dilanda pandemik Covid-19 di Asia Tenggara.

Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 86,835 orang.

Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 417 kematian, diikuti Jawa Timur (354), Jawa Barat (309), Jakarta (184) dan selebihnya di provinsi lain.

Indonesia mempunyai 34 provinsi.

Sebanyak 556,281 pesakit  masih dirawat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru