Saturday, October 23, 2021

Kolaborasi penyelidikan bioperubatan

Mesti baca

KUCHING: Majlis Pembangunan dan Penyelidikan Sarawak (SRDC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan lima institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa dalam penyelidikan bio termasuk latihan modal insan.

Lima institusi penyelidikan terkemuka berkenaan adalah Pusat Penyelidikan Perubatan Nasional Australia , Amili Private & Limited (Singapore), Cambridge Spark (United Kingdom), Unimas dan Swinburne Sarawak. Pelancaran SRDC dan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) yang dirasmi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu bakal membuka jalan untuk kecemerlangan penyelidikan di Sarawak sekali gus memberi manfaat kepada pelbagai budaya dan sumber semula jadi negeri.

Ia juga dilihat menambah senarai sedia ada rakan kongsi termasuk Pusat Terapi Sains Cambridge, Universiti Cambridge. SRDC ditubuhkan melalui Ordinan Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak, 2017, untuk membolehkan penyelarasan aktiviti penyelidikan yang berkesan, memudahkan dan menarik kolaborasi antara institusi penyelidikan tempatan dengan pusat antarabangsa termasuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di Sarawak.

SIDC pula sebuah pusat penyelidikan di bawah seliaan SRDC dan berperanan sebagai salah satu inisiatif untuk merealisasikan visi dan misi kedua-dua pusat berkenaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru