Monday, October 25, 2021

Empat lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD, 78 kluster masih aktif

Mesti baca

KUCHING: Empat lokaliti di Sarawak  akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa semalam  hingga 13 Ogos 2021.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), dua lokaliti terbabit Rh, Nyakin, Sg. Bangkit Entaih, Pakan (hari ini hingga 13 Ogos) dan Rh. Chuat Empayang, Kabong mulai esok hingga 12 Ogos.

Manakala dua lagi kawasan ialah Bilik Sewa atas Kedai Mr. Piggy Pork, Bintulu dan Rumah Sewa Segala, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu, kedua-dua berkuat kuasa semalam hingga 9 Ogos.

Sementara itu, enam lokaliti ditamatkan PKPD iaitu Rh. Niga Anak Nyayong, Long Nyiro, Tinjar (Beluru), Lempaong Baru, Spak (Betong), Rh. Dayang Anak Serang, Batu 34, Jalan Bintulu-Miri, dan Rh. Enbau Anak Anting, Sungai Sebemban

Lokaliti lain ialah  Jalan Pesisir Kuala Tatau, Rh. Radin Anak Jelemin, Sungai Entajum, Sangan, Tatau (Bintulu) dan Kampung Jagoi Duyoh, Bau.

Katanya,tiga  kluster yang diisytiharkan tamat ialah Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri, Bintulu, Kluster Kampung Sinar Budi Baru, Kuching, dan Kluster Bali Pie, Subis.

Katanya lagi,  tiada kluster baharu  diisytiharkan hari ini manakala jumlah kluster yang masih aktif ialah  78.

Katanya, enam kluster yang mencatatkan pertambahan kes baharu  menjadikan  jumlah keseluruhan 19 kes.

Ini membabitkan  Kluster Mongkos 2 (8), Kluster Jalan Tatau-Selangau (6), Kluster Abu Bengang (2), Kluster Jalan Demak Laut (1), Kluster Balai Ringin Melayu (1) dan Kluster Sungai Sebatu (1).

Secara Rawak

Artikel Terbaru