Saturday, October 23, 2021

Wanita tertembak diri sendiri ketika swafoto acu pistol

Mesti baca

DELHI: Seorang wanita di Uttar Pradesh menemui ajal di tangannya sendiri dalam insiden tragis.

Radhika Gupta, 26, dilapor merakam swafoto dengan aksi mengacukan pistol milik bapa mentuanya Rajesh Gupta ke mukanya.

Dia dikatakan secara tidak sengaja tertekan picu pistol yang berisi peluru itu.

Peluru tersebut mengenai bahagian tengkoknya dan doktor mengesahkan kematiannya sebaik sahaja dia tiba di hospital

Ayah mentua mangsa mengesahkan Radhika berkahwin dengan anaknya Akash Gupta pada Mei tahun ini.

Keluarga Gupta menjalankan perniagaan barang kemas, lapor Times of India.

Biarpun kematian itu dianggap sebagai kemalangan, namun bapa mangsa iaitu Rakesh, mengesyaki sesuatu yang mencurigakan berlaku dan memfailkan laporan polis.

Polis dikatakan menyiasat lanjut sama ada ia angkara kemalangan atau pembunuhan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru