Tuesday, September 21, 2021

Rahsia di banglo mewah di Kuching terungkap 

Mesti baca

KUCHING: Sebuah rumah banglo  tiga tingkat di Jalan Hup Lee di sini yang dijadikan pusat operasi dan pengurusan judi dalam talian diserbu polis sekitar jam 5.40 petang semalam.

Pemilik banglo mewah itu masih lagi dikesan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah,  empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 24 tahun dipercayai pekerja, ditangkap dalam serbuan tersebut.

Serbuan itu hasil  risikan yang pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

“Keempat-empat suspek mengaku menjadi  operator pengendalian perjudian terbabit sejak dua bulan lalu dengan gjai RM1,500 sebulan, serta tawaran bonus berdasarkan keuntungan yang diraih sindiket,” katanya sambil menambah  sindiket mempromosi kegiatan menggunakan aplikasi seperti weChat, WhatsApp, Facebook dan telegram.

Jelasnya, berdasarkan rekod transaksi dipercayai  operasi berkenaan memperoleh keuntungan sekitar RM1,000 sehari dan mencecah RM30,000 sebulan.

Pelbagai peralatan perjudian seperti komputer riba, komputer dan telefon bimbit turut dirampas.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Secara Rawak

Artikel Terbaru