Tuesday, September 21, 2021

Pengantin tertidur semasa majlis persandingan

Mesti baca

DELHI: Sanggupkah anda tidur pada hari persandingan anda lebih-lebih lagi semasa duduk di pentas bersama-sama pasangan dan disaksikan oleh para tetamu?

Seorang pengantin lelaki ternyata tidak kisah berbuat demikian.

Dalam video yang menyebabkan ramai orang terkesima, pengantin lelaki dilihat tidur dengan nyenyak sekali di pentas persandingan.

Manakala pasangannya yang duduk di sebelah kelihatan sedih dan marah.

Saudara-mara dan tetamu yang melihatnya cuba membangunkannya tetapi ternyata usaha mereka tidak berjaya, malah dia seperti tidak mampu membuka matanya.

Terdapat spekulasi mengatakan pengantin tersebut mungkin mabuk atau keletihan selepas melalui pelbagai acara sepanjang majlis perkahwinan.

Video terbabit dikongsi oleh Niranjan Mohapatra yang dimuat naik di akaun Instagramnya, lapor Zee News.

Secara Rawak

Artikel Terbaru