Wednesday, September 22, 2021

Pasar Komuniti Stutong tutup hingga 9 Ogos

Mesti baca

KUCHING: Pasar Komuniti Stutong di Jalan Setia Raja dekat sini akan ditutup sementara hari ini hingga 9 Ogos nanti.

Menurut Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), penutupan itu juga atas arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Penutupan Pasar Komuniti Stutong ini adalah untuk menjalankan tugas bagi mencegah permulaan atau penularan penyakit berjangkit seperti Covid-19,” kata MBKS menerusi notis yang dikeluarkan, semalam.

Dalam pada itu, MBKS memaklumkan mereka juga kesal dengan kesukaran yang dialami tersebut.

MBKS turut berterima kasih atas perhatian dan kerjasama daripada masyarakat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru