Tuesday, September 21, 2021

Lima lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Lima lagi lokaliti di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPS) berkuat kuasa hari ini  hingga 10 Ogosnanti.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) lokaliti berkenaan ialah  Kampung Sungai Telaga Air, Kampung Jawa Batu 12 dan Kampung Bombok di Kuching, bermula 28 Julai hingga 10 Ogos.

Manakala dua lagi lokaliti ialah Rumah Jelaping Sumok, Jalan Tatau/Sangan dari hari ini hingga 8 Ogos  dan Kampung Muding, Simunjan  dari esok hingga 9 Ogos.

Sementara itu, tiada kluster baharu Covid-19 diisytiharkan di Sarawak manakala jumlah kluster yang masih aktif 81 selepas lima diisytiharkan tamat hari ini.

“Lima kluster terbabit ialah Kluster Jalan Cattleya, Miri; Kluster Jalan Muara, Kuching; Kluster Sungai Kakus, Tatau; Kluster Tebakang Dayak, Serian dan Kluster Nanga Belungai, Tatau,” kata JPBNS dalam kenyataan akhbar hari ini.

JPBNS memberitahu tujuh kluster mencatatkan penambahan kes baharu iaitu sebanyak 53 kes.

Jelasnya, kes-kes baharu itu dikesan di Kluster Sentosa 2 (35), Kluster Duyoh (7), Kluster Sebayor (6), Kluster Jalan Tatau-Selangau (2), Kluster Jalan Pesisir Bintulu- Miri (1), Kluster Abu Bengang (1) dan Kluster Lempaong (1).

Secara Rawak

Artikel Terbaru