Tuesday, September 21, 2021

Kumpul sampah demi anak

Mesti baca

SEOUL: Media Korea Selatan baru-baru ini menyiarkan kisah pasangan suami isteri yang mengumpul bertan-tan sampah untuk kegunaan anak lelaki mereka.

Apa yang menyedihkan dan menyebabkan orang ramai geram ialah biarpun sudah berusia anak lelakinya 40 tahun, anak lelaki mereka ialah seorang yang pemalas dan tidak mahu bekerja.

Rangkaian televisyen nasional Korea Selatan, SBS menyiarkan kisah Choi, 75 dari Gwangju, yang sejak sedekad lalu menjadikan kediamannya sebagai tempat menyimpan sampah yang dikutipnya di jalanan setiap hari.

Choi percaya sampah orang lain boleh menjadi sesuatu yang berharga kepada individu lain berikutan itu dia memenuhi setiap inci rumahnya dengan sampah-sarap.

Malah wartawan SBS yang datang untuk menemu ramah terpaksa memanjat sampah-sarap memasuki rumahnya.

Bau sampah teramat busuk dan meloyakan itu menyebabkan jiran-jirannya terseksa bertahun-tahun lamanya.

Anak pasangan itu yang seberat 100 kilogram sudah setahun tidak menjejak kaki ke luar rumah, dia hanya duduk di dalam bilik tanpa melakukan apa-apa dan hidup bergantung dengan pencen ayahnya.

Choi menjelaskan tujuannya mengumpul sampah adalah untuk memastikan kebajikan anaknya terus terjaga.

Menurutnya lagi jika suatu hari nanti dia dan isterinya sudah tiada, dia bimbang anaknya tiada tempat bergantung berikutan itu dia menyimpan banyak barang untuk anaknya lapor Oddity Central.

Baru-baru ini hasil ujian perubatan yang dibiayai oleh SBS mendapati isterinya mengalami masalah jantung dan doktor menasihatkan dia hidup dalam persekitaraan yang lebih sihat dan melakukan senaman untuk memulihkan kesihatannya.

SBS dengan bantuan 225 orang sukarelawan mengeluarkan lebih 150 tan sampah dari kediaman Choi biarpun lelaki itu pada mulanya keberatan membenarkan misi pembersihan terbabit.

Anaknya juga mulai menjejak kaki ke luar rumah yang sudah bersih dan kemas itu.

Selepas melihat kediamannya bersih buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, Choi dilaporkan menangis dan berkata, dia tidak akan mengutip sampah lagi demi menjaga kesihatan isterinya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru