Tuesday, September 21, 2021

Kuching, Samarahan catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan peningkatan hari ini dengan 405 kes baharu yang dikesan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Kuching merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 255 kes diikuti Samarahan (60), Sibu (20), Bau (11), Kabong (9), Serian (8) dan Simunjan (6).

“Sementara sebanyak enam kes di Tatau, Bintulu (4), Kapit (3), Lawas (3), Meradong (3), Saratok (2), Asajaya (2), Tebedu (2), Pakan (2), Selangau (2), Miri (1), Betong (1), Mukah (1), Daro (1), Telang Usan (1), Subis (1) dan Kanowit (1) menjadikan jumlah keseluruhan 74,747 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN berkata sebanyak dua kes kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 459 orang.

Jelasnya, kes kematian ke-458 adalah melibatkan seorang wanita tempatan berumur 76 tahun dan kes ke-459 melibatkan lelaki Indonesia.

Secara Rawak

Artikel Terbaru