Tuesday, September 21, 2021

GPS laksana pelbagai projek pembangunan di DUN Kakus

Mesti baca

KAKUS: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa membantu rakyat dengan menaik taraf jalan serta kemudahan di Dewan Undangan negeri (DUN) Kakus ini.

Menteri Muda (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, jalan ini perlu dinaik taraf dari jalan tanah ke jalan batu dan kemudian pada masa akan datang jalan bertar.

“Salah satu jalan yang perlu dinaik taraf ialah jalan menuju ke empat buah rumah panjang iaitu jalan Rh Japit, Asun, Rh Japing dan Rh Mapang yang panjangnya kurang lebih 10 km. 

“Oleh yang demikian, saya datang untuk meninjau sendiri keadaan jalan ini supaya kerajaan dapat menaik taraf jalan menuju ke empat empat buah rumah panjang ini dari jalan tanah ke jalan batu,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Projek RTP dan Pemantauan Jalan Raya Menuju ke Rumah Panjang di DUN Kakus pada Sabtu.

Antara Projek RTP yang dilawati ialah Jalan Rh Japit, Rh Asun, Rh Mapang, Rh Joshua Rentap dan Rh Japing, Rh Jelia, Rh Karong, dan Tapak Rumah Panjang Rh Thomas Jalai dan Rh Luming.

Tambah Datuk John Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, beliau akan menghantar permohonan kepada Kerajaan Sarawak supaya jalan dari simpang ke Rumah Panjang Jakson Rentap segera dinaik taraf. 

“Tempat yang kita berada sekarang ini ialah simpang menuju ke Rh Panjang Jackson Rentap yang panjang jalan ini adalah sekitar 4.5km. 

“Jalan ini juga perlu dinaik taraf dengan segera. 

“Saya akan menghantar permohonan kepada kerana Kerajaan GPS agar jalan ini dapat dinaik taraf dengan segera khususnya bagi penduduk di luar bandar,” tambahnya. 

Sementara itu, Tr Asun Jemat yang mewakili penduduk mengucapkan terima kasih kepada ADUN Kakus kerana telah menaik taraf jalan ini.

“Sebelum ini keadaan jalan ini amat teruk sekali dan berlubang lubang dan sekarang ini keadaan jalan ini baik sekali dan dapat dilalui oleh kenderaan kecil (selain pacuan empat roda). 

“Projek ini memberi manfaat kepada penduduk sekitar kawasan Setusor ini. 

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan GPS dan kami amat bersyukur sekali atas pembangunan yang telah dilaksanakan ini,” katanya. 

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong dan Penghulu Alister Alli Digat. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru