Saturday, October 23, 2021

Enam lokaliti di Sarawak dikenakakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lagi lokaliti di negeri ini berkuat kuasa antara hari ini hingga 12 Ogos 2021.

Jelas JPBNS dalam satu kenyataan semalam, PKPD  berkenaan membabitkan Rh. Jamu, Peligong, Sebetan dan Rh. Pantan, Ulu Senulau di daerah Saratok.

“Turut dikenakan PKPD ialah Rumah Suring Jelian, Sg Bain, Tinjar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sg. Bain, Tinjar di daerah Beluru.

“Manakala dua lagi lokaliti dikenakan PKPD ialah Rh.Regina, Sg. Selidap, Sarikei dan Kampung Tg. Tuang, Kota Samarahan.

Kata kenyataan itu lagi, arahan PKPD ini dibuat bagi mengekang penularan COVID-19.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan empat lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan semalam.

“PKPD ditamatkan melibatkan Rh. Nicholas Adut, Sungai Baron, Sarikei; Kampung Kendaie dan Bukit Batu, Lundu; Bilik Sewa (atas kedai Famous Nasi Kandar Corner), Bintulu dan Rh. Maxwell anak Tambi, Sungai Libau, Jalan Miri- Bintulu, Subis,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru