Tuesday, September 21, 2021

Abang Johari serah kepada Agong, adakan PRN-12 atau tidak

Mesti baca

KUCHING:  Adakah Kerajaan Sarawak  akan mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 selepas darurat dibatalkan pada 21 Julai lalu atau melanjutkan Darurat?

Menurut Ketua Menteri, beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan itu kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kata  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sebarang keputusan akan diketahui selepas tempoh darurat berakhir, 1 Ogos ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kerajaan telah membatalkan enam Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada 21 Julai tanpa dibawa ke parlimen sesuai dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Proklamasi Darurat yang dibuat pada 12 Januari lalu sepatutnya berakhir pada 1 Ogos ini.

“Saya tidak tahu mengenai  darurat kerana keputusan itu di bawah Yang di-Pertuan Agong. Bagi saya hari ini kita masih dalam  darurat. Sama ada diadakan atau tidak darurat, kita sama-sama tunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian  pada sidang media selepas merasmikan Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI) di  sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Abang Johari berkata, tiga perkara yang bakal dinilai sebelum PRN diadsakan ialah situasi semasa Cobid-19, keputusan SPR dalam menyediakan prosedur operasi standard (SOP), dan pertimbangan oleh SPR dan Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) “

“Dalam tempoh 60 hari selepas darurat ditamatkan, kita akan pastikan terlebih dahulu bahawa situasi semasa kesihatan  semakin  baik. Kita tidak mahu rakyat yang turun mengundi dalam keadaan takut, dan akhirnya  tidak mahu mengundi. Ini yang paling penting,” kata beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Setakat semalam, jumlah kes di Sarawak ialah 74,342 manakala kermatian 457.

Secara Rawak

Artikel Terbaru