Tuesday, September 21, 2021

4,000 kilogram nanas di Betong dibeli dari pekebun

Mesti baca

BETONG: Program Peladang Prihatin Sarawak diteruskan dengan pembelian lebih 4,000 kilogram nanas dari pekebun sekitar daerah Betong.

Hasil tersebut diserahkan Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Saribas, Sampar Melaka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu dalam satu majlis ringkas pada Isnin.

Seterusnya, melalui Pusat Khidmat DUN Layar, buah nanas tersebutkan akan disumbangkan kepada beberapa agensi barisan hadapan dan juga penduduk sekitar.

Dalam pada itu, PPK Saribas berharap dengan inisiatif tersebut dapat membantu para pekebun menjual hasil tanaman yang tidak dapat dipasarkan susulan terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pada program berasingan, Gerald Rentap menyaksikan majlis penyerahan sumbangan untuk para petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Panglima Rentap.

Sumbangan adalah daripada tiga buah syarikat swasta iaitu Central Enterprise, CE & C Enterprise Sdn. Bhd dan Familio Enterprise.

Pada majlis tersebut, Gerald Rentap juga mengadakan perbincangan bersama Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Johnny Pangkas mengenai perkembangan dan status terkini program vaksinasi di Daerah Betong.

Beliau turut meninjau proses pemberian vaksin di PPV tersebut yang telah memulakan operasi sejak Mac lepas.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru