Tuesday, September 21, 2021

Taktik dua wanita muda di Padawan tidak menjadi

Mesti baca

PADAWAN: Taktik dua wanita membuka kiosk penjualan judi dalam talian (JOL) di belakang premis makan terbongkar selepas kawasan tersebut diserbu polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhasaan berkata serbuan di premis Kedak Kota Padawan itu dijalankan oleh pasukan dari Balai Polis Kota Sentosa sekitar jam 5.25 petang.

Menurutnya kedua-dua suspek yabg ditahan hasil serbuan merupakan warga tempatan masing-masing berusia 20 dan 26 tahun.

“”Hasil semakan mendapati terdapat kiosk JOL di dalam telefon suspek. Barangan kes berupa dua buah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM385 turut dirampas bagi tujuan siasatan lanjut kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, kedua-dua suspek pernah ditahan atas kesalahan sama di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 hasil semakan rekod polis sebelum ini.

Katanya, kes tersebut kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) ARJT 1953.

Dalam perkembangan lain katanya seorang wanita warga asing berusia 28 tahun turut ditahan atas kesalahan sama hasil serbuan Op dadu sepasukan polis dari Balai Kota Sentosa.

Jelas Aidil, suspek yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sah itu didapati menjadi ejen JOL hasil semakan polis ke atas Tab jenama samsung miliknya.

“Serbuan sekitar jam 7 petang semalam turut merampas barangan kes iaitu sebuah Tab jenama samsung dan wang tunai bercampur-campur berjumlah RM41,” ulas beliau.

Untuk kes tersebut katanya akan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(C) ARJT 1953 dan Seksyen 15 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Secara Rawak

Artikel Terbaru