Monday, October 25, 2021

Pramugari hilang dua gigi ditumbuk penumpang pesawat

Mesti baca

Seorang pramugari pesawat Southwest Airlines menjadi mangsa kemarahan penumpang sehingga menyebabkannya kehilangan dua batang gigi dalam insiden di dalam pesawat baru-baru ini.

Sebuah video dirakam oleh salah seorang penumpang pesawat membabitkan kejadian itu menunjukkan pramugari terbabit ditumbuk pada mukanya oleh penumpang wanita.

Beberapa minit sebelum pesawat dijadual mendarat, pramugari itu meminta wanita terbabit Vyvianna Quinonez, 28, memasang tali pinggang keselamatan.

Wanita itu marah dan terus menumbuk muka pramugari tersebut.

Tumbukan kuat itu menyebabkan dua giginya patah.

Seorang penumpang lelaki cuba menghalang dan berteriak nyaring memintanya duduk sebaik sahaja melihat muka pramugari itu berlumuran darah.

“Jangan melayan pramugari seperti itu!” katanya memberi amaran kepada Quinonez seperti dilaporkan Washington Post.

Quinonez ditahan polis sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego dan menghadapi tuduhan melakukan serangan fizikal.

Secara Rawak

Artikel Terbaru