Sunday, September 19, 2021

Polis rampas rokok bernilai RM17,800 di Selangau

Mesti baca

MUKAH: Polis merampas rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup hasil pemeriksaan ke atas sebuah stor kedai di Selangau, kira-kira jam 11.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata kesemua rokok tersebut dianggarkan bernilai RM17,800.

“Ketika diperiksa, pemilik stor gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi menunjukkan bahawa rokok itu mempunyai duti cukai Kastam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah pasukan serbuan turut menahan seorang lelaki warga emas berusia 71 dipercayai pemilik kedai itu.

Muhamad Rizal berkata kesemua rampasan dibawa ke Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Secara Rawak

Artikel Terbaru